KUBU Qasr Al Hosn. FOTO Twitter @VisitAbuDhabi
KUBU Qasr Al Hosn. FOTO Twitter @VisitAbuDhabi
Agensi

Abu Dhabi: Visit Abu Dhabi memuat naik video memaparkan versi ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dengan semua mercu tandanya, diliputi salji putih.

Abu Dhabi adalah beberapa amiriah di dalam UAE. Enam amiriah lagi adalah Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al-Quwain, Fujairah dan Ras Al Khaimah.

Portal The National News melaporkan, video berdurasi 24 saat itu, yang dimuat naik di laman Instagram (IG) rasmi organisasi itu minggu ini memaparkan gambaran sinematik musim sejuk, bertukar daripada satu mercu tanda bersalji kepada yang lain.

"Musim sejuk sudah tiba di Abu Dhabi dan seseorang hanya boleh bermimpi turun salji suatu hari nanti untuk menyaksikan sesuatu seperti ini," tulis kapsyen itu.

BANGUNAN pencakar langit di Abu Dhabi. FOTO Twitter @VisitAbuDhabi
BANGUNAN pencakar langit di Abu Dhabi. FOTO Twitter @VisitAbuDhabi

Mercu tanda yang ditunjukkan dalam video itu termasuk Istana Amiriah, stadium Arena Etihad, muzium Louvre Abu Dhabi, Ferrari World, serta Hab Kreatif Yas yang baru dibina di Pulau Yas.

Video itu dibuat lebih dramatik kerana muzik latar iaitu lagu dari siri televisyen popular, Game of Thrones dipanggil Winterfell, merujuk kepada kompleks istana fiksyen yang juga biasanya dilitupi salji.

Perkongsian itu mendapat perhatian di IG, dengan beberapa menyifatkan ia sebagai ajaib dan indah.

FERRARI World. FOTO Twitter @VisitAbuDhabi
FERRARI World. FOTO Twitter @VisitAbuDhabi

Ia bukan kali pertama UAE dijadikan sebagai kawasan ajaib musim sejuk.

Pada Februari tahun lalu, seorang artis Dubai menerbitkan karya seni digital yang memaparkan UAE dilitupi salji.

Sama seperti video Visit Abu Dhabi, imej itu menggambarkan beberapa mercu tanda Dubai, termasuk Dubai Frame dan Muzium Masa Depan.

Dia juga melakukan satu lagi siri yang menampilkan ibu kota, termasuk Masjid Besar Sheikh Zayed.

"Saya tahu ia tidak akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya dalam hati kami, kami boleh membiarkannya bersalji," katanya kepada The National ketika itu.

Jyo John Mulloor berkata, dia bermimpi mengenainya dan sebulan selepas koleksi salji Dubai, dia mendedahkan satu lagi set imej yang membayangkan semula bandar sama landskap hijau.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2023 @ 10:57 AM