RAKAMAN video menunjukkan biri-biri bergerak dalam bulatan.
RAKAMAN video menunjukkan biri-biri bergerak dalam bulatan.
Agensi

Beijing: Sekumpulan biri-biri di utara China membuatkan orang ramai terkedu apabila bergerak dalam bulatan selama 12 hari tanpa henti.

Metro UK melaporkan, rakaman diambil dua minggu lalu menunjukkan ratusan biri-biri mengekori satu sama lain dalam formasi bulatan besar.

Pemilik biri-biri itu, Miao mendakwa ia bermula dengan beberapa ekor biri-biri sebelum seluruh kawanan haiwan itu menyertainya.

Dalam video itu, beberapa biri-biri juga boleh dilihat berdiri sepenuhnya, tetapi masih bergerak dalam bulatan.

Walaupun jurang yang besar terbentuk, kumpulan haiwan ternakan itu dilihat tidak berpisah.

Dilaporkan terdapat 34 kandang biri-biri di tempat itu, tetapi hanya biri-biri di dalam kandang bernombor 13 yang dilihat bergerak dalam bulatan.

Walaupun tidak diketahui secara pasti apa yang menyebabkan biri-biri berkenaan berkelakuan seperti itu, ia dikatakan berpunca daripada jangkitan bakteria dipanggil Listeriosis.

Menurut Vets Ladang Penjagaan Mole, ia biasanya dikaitkan dengan silaj (rumput dimampatkan) yang rosak.

Penyakit itu menyebabkan keradangan satu sisi otak dan ada kalanya menyebabkan kelumpuhan pada bahagian yang terjejas.

Ketika dijangkiti, biri-biri akan menunjukkan perubahan tingkah laku iaitu jadi keliru.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan biri-biri juga menunjukkan tingkah laku ganjil ketika di set penggambaran filem Mission: Impossible 8 di England.

Ia menyebabkan penggambaran aksi di tergendala.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 12:25 PM