SUMATERA. IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat
SUMATERA. IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat
Reuters

Jakarta: Agensi bencana Indonesia sedang menilai kesan gempa bumi kuat di selatan Sumatera, pada Selasa.

Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata, tiada laporan kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa.

Gempa bermagnitud 6.3 itu berlaku pada 9.31 waktu tempatan, lapor agensi berkenaan.

Pusat gempa adalah 80 kilometer (km) dari selatan bandar Manna di wilayah Bengkulu, dan pada kedalaman 52 km.

Manna terletak kira-kira 600 km di barat laut Jakarta.

Gegaran dirasai antara dua hingga enam saat oleh penduduk di kawasan pantai selatan Sumatera.

Ia menyebabkan ada penduduk yang berlari keluar rumah, kata seorang pegawai di Bengkulu, Septi.

Indonesia terletak pada lingkaran gunung berapi Pasifik yang aktif.

Pada Februari, gempa bumi bermagnitud 6.1 membunuh lebih 10 orang apabila ia melanda berhampiran pantai barat Sumatera

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 12:22 PM