IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.
BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 7.46 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 62 kilometer (km) selatan dari Bengkulu itu berlaku pada kedalaman 63 km.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2022 @ 9:15 AM