IKLAN caj rawatan seorang doktor yang tular selepas dimuat naik  di Twitter. FOTO Twitter
IKLAN caj rawatan seorang doktor yang tular selepas dimuat naik di Twitter. FOTO Twitter
Agensi

New Delhi: Tular di Twitter mengenai iklan dimuat naik seorang doktor di India yang mengenakan bayaran bagi menjawab persoalan dan kekeliruan pesakit berdasarkan carian maklumat di Google.

Portal NDTV melaporkan berdasarkan iklan bertulis 'Caj OPD', doktor terbabit mengenakan bayaran sebanyak 1,000 rupee (kira-kira RM57) bagi menjawab keraguan pesakit mengenai sesuatu penyakit di Google.

Doktor terbabit turut menyatakan kos bagi setiap perkhidmatan diberi kepada pesakit.

Caj yang dikenakan antara 200 rupee (kira-kira RM11.30) sehingga 2,500 rupee (kira-kira RM141).

Iklan itu tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik gambar dengan kapsyen 'doktor ini memang betul.'

Difahamkan, iklan itu bertujuan meluahkan kekecewaan yang dirasai doktor mengenai pertanyaan pesakit mereka yang datang daripada hasil carian di Google.

Kebanyakan netizen bersetuju bahawa ia mencerminkan realiti baharu bagi kebanyakan doktor.

Seorang lagi pengguna Twitter menerusi ciapannya berkata, 'Kebanyakan daripada kita akhirnya akan membayar 1,000 rupee sebaik saja mengemukakan keraguan saya di hadapan doktor.'

Bulan lalu, tular juga satu ciapan di Twitter mengenai seorang doktor mengenakan bayaran kepada pesakit kerana menangis di pejabatnya.

Caj perubatan terperinci menunjukkan bahawa kakak wanita dikenali Johnson menghadiri temu janji dengan doktor pada Januari untuk memeriksa keadaannya.

Pelbagai kos dikenakan doktor termasuk ujian penilaian penglihatan berharga AS$20 (kira-kira RM88), ujian hemoglobin AS$15 (kira-kira RM66) pengambilan darah kapilari untuk AS $30 (kira-kira RM132) dan pemeriksaan kesihatan pencegahan yang berharga AS$350 (kira-kira RM1,537).

Apa yang menarik perhatian Johnson adalah caj AS$40 (kira-kira RM176) yang dikenakan kerana menangis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2022 @ 8:02 AM