PEMBEDAHAN memisahkan kembar siam itu di sebuah hospital di Arab Saudi. FOTO SPA/ AFP
PEMBEDAHAN memisahkan kembar siam itu di sebuah hospital di Arab Saudi. FOTO SPA/ AFP
AFP

Riyadh: Seorang daripada kembar siam dari Yaman meninggal dunia selepas pembedahan rumit selama 15 jam untuk memisahkan mereka, lapor media Kerajaan Arab Saudi pada Isnin.

Bayi lelaki berusia 19 bulan, Yussef dan Yassin, bercantum dalam beberapa organ dengan kira-kira 24 doktor terbabit dalam pembedahan itu, kata Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Pada Isnin, SPA memuji prosedur itu sebagai berjaya, namun laporan susulan pada malam Isnin mendedahkan seorang daripada kembar meninggal dunia akibat masalah peredaran darah dan kegagalan jantung walaupun rawatan perubatan penuh, disediakan.

"Doktor menghadapi kesukaran dan cabaran ketika proses pemisahan yang menjadikan keadaan kanak-kanak yang meninggal dunia itu kritikal selepas pembedahan", kata laporan itu sambil menambah bahawa kembar yang masih hidup berada dalam keadaan stabil.

Namun, tidak didedahkan identiti kembar yang meninggal dunia.

Yaman dilanda konflik sejak tujuh tahun lalu ekoran perselisihan antara kerajaan yang disokong Arab Saudi dengan pemberontak Houthi yang disokong Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 11:03 AM