TENTERA Israel memeriksa kem pelarian Nur Shams di Tebing Barat pada 10 April lalu. FOTO AFP.
TENTERA Israel memeriksa kem pelarian Nur Shams di Tebing Barat pada 10 April lalu. FOTO AFP.
BERNAMA

Ramallah: Israel telah menahan 24 rakyat Palestin di Tebing Barat dan sekitar Baitulmaqdis pada Ahad, menurut Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Kelab Tahanan Palestin.

Operasi menahan rakyat Palestin itu dibuat di bandar Hebron, Tulkarm, Jericho, Bethlehem, Jenin, Ramallah dan al-Bireh dan Baitulmaqdis .

Tentera Israel mendakwa rakyat Palestin yang ditahan itu adalah terdiri dalam senarai orang yang dikehendaki.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 10:44 AM