PENJARA Gilboa. FOTO EPA
PENJARA Gilboa. FOTO EPA
AFP

Baitulmaqdis: Israel menahan semula dua banduan terakhir daripada enam tahanan Palesin yang melarikan diri dari sebuah penjara di utara wilayah jajahannnya.

Menerusi hantaran di Twitter, pasukan keselamatan Israel mengesahkan penangkapan kedua-dua lelaki itu.

Mereka ditahan selepas dikepung oleh pasukan keselamatan berdasarkan maklumat risikan.

Pada 6 September lalu, enam tahanan Palestin melarikan diri dari Penjara Gilboa, selepas menggali terowong di bawah singki di sel mereka.

Susulan kejadian, rejim zionis menggerakkan operasi besar-besaran untuk memburu mereka.

Empat daripadanya kemudian ditahan semula, dengan dua ditangkap di di bandar Nazareth, manakala dua lagi diberkas ketika bersembunyi di sebuah lot parkir trak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 10:13 AM