Seorang lelaki menerima suntikan vaksin AstraZeneca di Bang Sue Grand Station di Bangkok. - FOTO EPA
Seorang lelaki menerima suntikan vaksin AstraZeneca di Bang Sue Grand Station di Bangkok. - FOTO EPA
AFP

Bangkok: Thailand mempertahankan usaha untuk mencampur dua jenis vaksin Covid-19 bagi mengekang penularan jangkitan, walaupun saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa ia adalah 'trend berbahaya' dan tidak disokong bukti.

Negara berkenaan kini bergelut peningkatan kes disebabkan varian Delta dengan kes jangkitan baru dan kematian terus merekodkan angka tinggi.

Pihak berkuasa berkata, ia akan menggunakan formula vaksin Sinovac untuk dos pertama dan AstraZeneca bagi dos kedua bagi mendapatkan kesan 'penggalak' dalam tempoh enam hingga 12 minggu.

Ketua Virologi Thailand, Yong Poovorawan berkata, ia boleh dilaksanakan dengan menggabungkan dua jenis vaksin itu.

"Kita tidak boleh menunggu 12 minggu (untuk kesan penggalak) memandangkan penyakit ini tersebar dengan pantas.

"Namun, pada masa depan, jika ada vaksin lebih baik, kita akan laksanakan cara lain untuk menguruskan situasi ini," katanya.

Thailand melaporkan lebih 353,700 kes jangkitan dengan 2,847 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 6:17 PM