Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kekal di bawah paras 2,000. - FOTO AFP
Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kekal di bawah paras 2,000. - FOTO AFP
Agensi

Riyadh: Jumlah kes baru Covid-19 yang dicatatkan di Arab Saudi kekal di bawah paras 2,000 hari ini.

Sebanyak 1,569 kes baru dilaporkan di negara berkenaan dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Saudi Gazette.

Satu kematian akibat komplikasi jangkitan virus itu dilaporkan dalam tempoh sama, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Ia membawa jumlah terkumpul kes di Arab Saudi kepada 735,958 jangkitan dan angka korban pula sebanyak 8,978.

Sebanyak 2,847 kes sudah pulih dalam tempoh berkenaan, menjadikan jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya seramai 704,896.

Antara kes-kes aktif yang dilaporkan, 962 daripada mereka kini dalam keadaan tenat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Februari 2022 @ 7:57 PM