GAMBAR fail. FOTO EPA
GAMBAR fail. FOTO EPA
BERNAMA

Bangkok: Thailand mencatatkan 9,326 kes baharu Covid-19 dan 91 lagi kematian, jumlah korban tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, 326,832 kes dan 2,625 kematian dicatatkan sejak wabak mula melanda negara ini Januari tahun lalu.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata kes baharu termasuk 9,307 jangkitan tempatan merangkumi 2,548 melalui pengesanan kes aktif dan 19 kes import.

"Bangkok yang menjadi pusat penularan wabak terbaru mencatat 3,191 kes baharu dan 51 kematian," kata CSSA dalam satu kenyataan.

CCSA berkata, korban terbaru itu membabitkan 47 lelaki dan 44 wanita berusia antara 26 hingga 98 tahun.

Bermula hari ini, pihak berkuasa menubuhkan pusat pemeriksaan di Bangkok dan sembilan wilayah lain untuk meminimumkan pergerakan orang ramai.

Thailand akan melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat dari Isnin (12 Julai).

Sementara itu, Transport Co Ltd Thailand turut menangguhkan sementara perkhidmatan bas ke wilayah selatan dari 11 malam Sabtu hingga 25 Julai.

Pengarah Urusannya Sanyalak Panwattanalikhit berkata perkhidmatan ke utara, timur dan timur laut pula akan dikurangkan kepada 13 laluan sehari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 10:46 PM