LAPANGAN Terbang Antarabangsa Chengdu Tianfu. FOTO Twitter/@ChinaEmbinCH
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Chengdu Tianfu. FOTO Twitter/@ChinaEmbinCH
Agensi

Beijing: Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Tianfu di Sinchuan, mula beroperasi sebagai pintu masuk terbaharu bagi pelancong ke China.

Penerbangan sulung dari lapangan terbang itu ke Beijing jam 11.10 pagi, pada Ahad lalu.

Chengdu adalah pusat bandar wilayah Sinchuan yang kini menjadi bandar ketiga di China yang memiliki dua lapangan terbang antarabangsa selepas Beijing dan Shanghai.

Lapangan terbang itu dibina dengan kos AS$10.8 bilion (kira-kira RM44.8 bilion) yang menjadi hab udara dan boleh menampung 60 juta penumpang setiap tahun.

Ia juga akan meningkatkan kehadiran pelancong di bahagian barat daya negara berkenaan.

Dengan keluasan 710,000 meter persegi, lapangan terbang berkenaan memiliki tiga landasan dan dua terminal.

Agensi berita Xinhua melaporkan bangunan terminal lapangan terbang itu boleh diperluaskan sehingga 1.4 juta meter persegi dan menampung 120 juta penumpang pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 6:32 AM