GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Ho Chi Minh: Bandar Raya Ho Chi Minh perlu membuat perancangan sebagai persediaan menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang terburuk, di samping menggandakan usaha mencari sumber vaksin, kata Timbalan Perdana Menteri Truong Hoa Binh semalam.

Pada sesi taklimat dengan perwakilan jabatan kesihatan perbandaran, Binh berkata selain kumpulan utama, bandar raya itu harus memberi vaksin kepada pekerja termasuk yang bekerja di kawasan perindustrian, serta petugas di kemudahan kuarantin negeri.

Binh juga mahu kesihatan pekerja perubatan barisan hadapan Covid-19 terus dilindungi melalui vaksinasi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Perbandaran Tang Chi Thuong melaporkan pada 31 Mei, hospital tempatan sedang merawat 221 pesakit Covid-19.

Beliau berkata terdapat kes kritikal yang dipindahkan dari wilayah selatan Long An manakala pesakit selebihnya berada dalam keadaan stabil.

Hospital Cu Chi kini merawat 100 pesakit Covid-19 dan memantau 1,200 orang yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara. Sementara Hospital Can Gio menerima 127 pesakit sejak 6 Mac.

Thuong berkata, bandar itu telah bersedia kemungkinan 5,000 kes, dengan lebih 1,900 katil wad, termasuk 200 katil di unit rawatan rapi.

Terdahalu, Binh mengadakan sesi taklimat dengan Komando Tinggi Tentera Zon 7 mengenai pencegahan dan kawalan Covid-19, terutama masalah berkaitan penempatan kuarantin di bawah pengurusannya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 7:40 PM