MARINA Bay, Singapura. FOTO AFP
MARINA Bay, Singapura. FOTO AFP
BERNAMA

Singapura: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 14 kes import di republik itu yang diumumkan semalam membabitkan seorang rakyat Singapura yang pulang dari Malaysia.

Dilabelkan sebagai kes 58748, lelaki berusia 25 tahun itu yang tidak mempunyai gejala sudah diasingkan sebaik tiba di Singapura, menurut kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan malam tadi.

Kementerian itu memaklumkan 11 kes import juga tidak bergejala yang dikesan daripada saringan dan pengawasan proaktif, manakala dua lagi mengalami gejala.

Setakat tengah hari Jumaat, republik itu melaporkan sejumlah 14 kes baharu Covid-19 dengan tiada penularan komuniti atau menginap di asrama, menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kepada 58,509 kes.

MOH setakat ini mengklasifikasikan 1,727 daripada kes dilaporkan sebagai import, 2,276 kes komuniti dan 54,506 membabitkan penghuni asrama.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 11:49 AM