GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Singapura: Seorang warga Malaysia berusia 31 tahun adalah salah seorang daripada 33 kes import Covid-19 di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

MOH dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Sabtu, melabelkan kes pemegang pas kerja yang tiba dari Malaysia itu, sebagai kes 58,880.

Kementerian itu menyatakan lelaki itu bersama 30 lagi mereka yang tidak bergejala, dikesan menerusi penyaringan dan pemantauan aktif pihaknya, manakala dua lagi mempunyai gejala.

"Mereka telahpun diletakkan di bawah Notis Tinggal Di Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura dan telah diuji ketika menjalani SHN atau pengasingan," menurut kementerian itu.

Sehingga tengah hari Sabtu, republik itu melaporkan 33 kes baru dengan tiada kes membabitkan komuniti mahupun mereka yang tinggal di asrama pekerja, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kini 58,662.

Sepanjang minggu lalu, tiga lagi rakyat Malaysia antara kes import Covid-19 yang dilaporkan di negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 10:53 AM