JEMAAH haji di Jabal ar-Raḥmah, pada musim haji 2022. FOTO AP
JEMAAH haji di Jabal ar-Raḥmah, pada musim haji 2022. FOTO AP
ORANG ramai bersantai di Sungai Jialing di Chongqing, bandar barat daya China, yang menjadi cetek kerana kemarau. FOTO AP
ORANG ramai bersantai di Sungai Jialing di Chongqing, bandar barat daya China, yang menjadi cetek kerana kemarau. FOTO AP
POLIS Israel bertempur dengan penduduk Palestin yang mengusung jenazah wartawan Palestin-Amerika Syarikat, Shireen Abu Akleh yang terbunuh di Jenin, Tebing Barat. FOTO AP
POLIS Israel bertempur dengan penduduk Palestin yang mengusung jenazah wartawan Palestin-Amerika Syarikat, Shireen Abu Akleh yang terbunuh di Jenin, Tebing Barat. FOTO AP
Agensi

Washington: Associated Press (AP) menyenaraikan 150 gambar diambil sepanjang tahun lalu yang setiap satunya membawa mesej tersendiri.

Antaranya adalah gambar seorang lelaki mengutip barangan dari kedai yang terbakar di Ukraine selepas serangan Rusia.

LELAKI mengutip barangan dari kedai yang terbakar di Ukraine selepas serangan Rusia, di Kharkiv, Ukraine. FOTO AP
LELAKI mengutip barangan dari kedai yang terbakar di Ukraine selepas serangan Rusia, di Kharkiv, Ukraine. FOTO AP

Turut ada dalam senarai adalah gambar orang ramai menyerbu kediaman rasmi bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa. Ia selepas penunjuk perasaan menyerbu bangunan itu dan menuntut beliau meletak jawatan.

ORANG ramai menyerbu kediaman bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa di Colombo, Sri Lanka. FOTO AP
ORANG ramai menyerbu kediaman bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa di Colombo, Sri Lanka. FOTO AP

Tidak ketinggalan, gambar pekerja perubatan cuba mengenal pasti mangsa runtuhan jambatan di India.

Gambar lain pula menunjukkan api menyambar kerusi di dalam rumah yang terbakar ketika kebakaran hutan melanda Mariposa County, California, Amerika Syarikat (AS).

PENUNGGANG jet ski menghindari ombak besar di Pantai Utara, Nazare, Portugal. FOTO AP
PENUNGGANG jet ski menghindari ombak besar di Pantai Utara, Nazare, Portugal. FOTO AP

Salah satu gambar menyedihkan pula menunjukkan tiga belon berbentuk hati terbang di tapak peringatan di luar sekolah rendah di Uvalde, Texas, AS. Ia lokasi 19 kanak-kanak dan dua guru dibunuh seorang lelaki bersenjata.

Ada juga gambar menunjukkan kesungguhan lelaki dalam bot kayu cuba merentasi Laut Mediterranean di selatan pulau Itali untuk sampai ke destinasi mereka.

Gambar menakutkan adalah lelaki memandang ke langit di atas bahunya, ekspresi gementar di wajahnya, ketika berjalan di hadapan rumah yang rosak akibat serangan roket di Ukraine.

Sementara itu, gambar penduduk kampung berkumpul di utara Kenya, di kawasan yang dilanda kemarau akibat iklim antara gambar sempat diambil ketika musim itu.

Turut dirakam jurugambar adalah imej gadis menggunakan lampu minyak tanah untuk menghadiri kelas dalam talian ketika bekalan elektrik terputus di ibu negara Sri Lanka.

Gambar bernilai lain pemain ski yang melayang di udara di Austria, menakluki graviti untuk seketika dan Chris Martin dari kumpulan Coldplay, menyanyi di Rio de Janeiro.

Satu lagi imej ada dalam senarai 2022 adalah pengawal berseorangan berarak di luar Istana Buckingham beberapa hari selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Karya lain yang turut bermakna adalah imej seorang gadis Afghanistan berusia lapan tahun berada kelasnya di Kabul, beberapa hari selepas serangan pengeboman di sekolahnya.

Akhir sekali gambar seorang kanak-kanak lelaki membasahkan badannya dengan mandi di air pancut awam di Vilnius, Lithuania, ketika gelombang haba.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 3:50 PM