CYBERTRUCK bakal dipamerkan kepada umum pada Mei nanti.
CYBERTRUCK bakal dipamerkan kepada umum pada Mei nanti.
HM Digital

Apabila sebut sahaja jenama Tesla, ia seakan-akan jenama kenderaan elektrik (EV) paling ingin diketahui oleh orang awam terutama penggemar teknologi terkini.

Untuk itu model trak lasak radikal Cybertruck keluaran syarikat berkenaan turut membuat kemunculan di negara ini dan ia bakal dipamerkan kepada umum tidak lama lagi di negara ini.

Model yang pertama kali diperkenalkan dalam pasaran global itu pada 2019 adalah jentera dihasilkan di kilang pemasangan mereka di Giga, Texas sebagai satu sejarah teknologi jenama itu.

Selain tampil rekaan bersegi ia juga dihasilkan dengan panel badan kalis peluru termasuk ciri minimalis dengan lampu utama nipis serta pembuka pintu dengan suis yang disorokkan pada tiang B dan C.

Kargo bed belakang dengan panjang 1,852 milimeter (mm) dan lebar 1,295mm untuk kapasiti muatan 1,591 liter dan ia boleh ditutup dengan penutup tonneau bantuan kuasa elektrik.

Ruang kabin dengan konsep sama juga dengan ciri minimalis dengan roda stereng bentuk segi empat dan skrin utama bersaiz 18.5 inci dan dua lagi skrin bersaiz 9.4 inci pada belakang kedua-dua tempat duduk hadapan untuk penumpang belakang.

Model ini ditawarkan dengan varian Pacuan Semua Roda Dwi-Motor dan Cyberbeast Pacuan Semua Roda Tri Motor dengan jarak 547km dan 515km.

Model ini dengan pecutan sifar ke 100 kilometer/sejam dalam tempoh 4.1 saat dan 21.6 saat dengan janaan 600 kuasa kuda (hp) dan 845 (hp).

Ia juga dengan kelajuan maksimum 180 km/j dan 209 km/j dengan keupayaan menunda sehingga 4,989 kilogram (kg) untuk keduanya dan kapasiti muatan dengan 1,134kg dan 1,030kg setiap satu.

Buat masa ini ia hanya ditawarkan dengan pemanduan sebelah kiri dan hanya dijual untuk pasaran Amerika Utara dan tiada perancangan untuk melancarkannya di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 6:33 AM