Agensi

Concepcion, Chile: Sebuah keluarga warga Chile menyambut kelahiran bayi lelaki seberat 7.105 kilogram (kg), pada Khamis lalu.

Bayi itu dilahirkan di sebuah hospital di Curanilahue, namun terpaksa dipindahkan ke hospital di Concepcion kerana komplikasi kesihatan.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan masih dirawat di hospital di Curanilahue dan menunggu waktu sesuai untuk dibenarkan keluarkan keluar bagi disatukan dengan bayinya.

Menurut kenyataan hospital, walaupun keadaan bayi itu serius, dia dilaporkan stabil dan dalam pemerhatian di unit rawatan rapi kanak-kanak.

Menurut pakar perbidanan Marcia Venegas, ini mungkin bayi terbesar pernah didaftarkan di Chile, mengatasi seorang lagi bayi baru lahir yang mempunyai berat lebih daripada 6 kg.

TANGKAP layar daripada video TVN menunjukkan bayi berkenaan yang dilahirkan di sebuah hospital di Chile.
TANGKAP layar daripada video TVN menunjukkan bayi berkenaan yang dilahirkan di sebuah hospital di Chile.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2023 @ 1:09 PM