NANA MIRDAD
NANA MIRDAD
Agensi

Bali: Pelakon, Nana Mirdad mengakui trauma mengenangkan kejadian terjumpa mayat bayi sewaktu berada di Pantai Sanur, Bali.

Nana berkata, keadaan bayi itu yang tidak berbaju, sudah dimakan haiwan dan digilis kenderaan sangat meruntun hatinya.

"Jujur, dalam hati saya sangat terkesan. Rasa sedih sangat dan trauma. Apatah lagi, saya sendiri memiliki dua anak yang saya jaga luar biasa.

TANGKAP layar IG Story Nana Mirdad.
TANGKAP layar IG Story Nana Mirdad.

"Hati saya seperti dirobek-robek. Sebagai seorang manusia, ketenangan seakan hilang tiba-tiba dan perlu ambil masa untuk melupakan apa yang saya baru saksikan ini," katanya.

Menurut laporan, Nana dan suaminya Andrew White sedang bersiar-siar di kawasan berkenaan sebelum ternampak mayat bayi itu. Dia kemudian berteriak dan orang ramai kemudian berkerumun.

Penemuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 11:38 AM