PENYELAMAT masih melakukan operasi pencarian di lokasi. FOTO AFP
PENYELAMAT masih melakukan operasi pencarian di lokasi. FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala tiga lagi hilang selepas cenuram runtuh ke atas bot-bot pelancong di sebuah tasik di Brazil, pada Sabtu.

Penyelamat termasuk pasukan penyelam dan tentera laut Brazil dikejarkan ke lokasi di Tasik Furnas, Minas Gerais.

Ketika kejadian, pelancong panik apabila melihat cenuram itu runtuh dan menimpa tiga bot.

Menurut jurucakap pasukan bomba Minas Gerais, Pedro Aihara, angka terkini menunjukkan tujuh individu maut, manakala tiga lagi dilaporkan hilang,

Selain itu, 32 orang lagi cedera termasuk sembilan yang dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu, klip video insiden kini tular di media sosial.

Tasik Furnas yang terbentuk daripada pembinaan empangan hidroelektrik menjadi tarikan pelancong.

Ia bagi menyaksikan batuan unik, gua dan air terjun.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 3:03 PM