FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Sydney: Seorang lelaki maut selepas diserang jerung di sebuah pantai peranginan popular di timur laut Australia, pada Ahad.

Kejadian berlaku di Pantai Cable, kira-kira 22 kilometer dari bandar Broome.

Jurucakap Polis Barat Australia berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa ke pantai, namun disahkan meninggal dunia akibat parah.

Kejadian serangan jerung amat jarang dilaporkan di pantai berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa pernah menutup kawasan pantai itu, sekali atau dua kali dalam tempoh setahun, selepas kelibat buaya air masin dilihat di perairan sama.

Kes terbaharu itu menjadikan lapan serangan jerung yang menyebabkan kematian di perairan Australia, direkodkan pada tahun ini.

Sepanjang tempoh sama, sekurang-kurangnya 22 kes membabitkan individu diserang jerung turut dilaporkan di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 2:01 PM