Sekumpulan ikan paus terkandas berhampiran Pulau Tasmania.
Sekumpulan ikan paus terkandas berhampiran Pulau Tasmania.
AFP

Sydney: Kira-kira 70 ikan paus terkandas di perairan berhampiran pantai di Pulau Tasmania, Australia.

Ketika ini, pasukan penyelamat bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mamalia berkenaan.

Ikan paus berkenaan dipercayai terperangkap di kawasan beting pasir di Macquarie Harbour.

Kejadian membabitkan mamalia berkenaan terkandas di perairan sering dilaporkan di Tasmania.

Bagaimanapun, kejadian kali ini membabitkan jumlah yang banyak dan ia menyukarkan tugas pasukan penyelamat.

Sebelum ini, seekor ikan paus kelasa dilaporkan tersesat di sebatang sungai di Darwin, utara Australia.

Bagaimanapun, mamalia itu akhirnya kembali ke laut selepas hampir dua minggu di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 2:21 PM