GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Paris: Kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) hampir mencecah lima juta dengan 162,425 kematian.

Selepas AS yang merekodkan 4.99 juta kes, Brazil menjadi negara kedua terjejas teruk dengan 3.01 juta kes dan 100,477 kematian.

India pula berada di kedudukan ketiga dengan 2.15 juta kes dan 43,379 kematian.

Negara yang mencatatkan kematian tertinggi adalah Belgium dengan 85 kematian untuk 100,000 penduduk, diikuti United Kingdom (69), Peru (63), Sepanyol (61) dan Itali (58).

Untuk rekod yang dicatatkan sehingga Sabtu, 6,045 kematian baharu dan 278,509 kes baharu jangkitan dicatatkan di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini, negara yang mencatatkan kematian tertinggi sehingga semalam adalah AS dengan 1,329 kematian baharu, diikuti Brazil (905) dan India (861).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 8:37 PM