Sukarelawan membantu mengagihkan makanan kepada orang awam di Bangkok. - FOTO AFP
Sukarelawan membantu mengagihkan makanan kepada orang awam di Bangkok. - FOTO AFP
Agensi

Bangkok: Thailand mencatatkan 14,666 kes baru jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam, angka terendah dicatatkan sejak 27 Julai lalu.

Sebanyak 190 kematian dicatatkan dalam tempoh sama.

Kementerian kesihatan awam berkata, 14,362 kes membabitkan orang awam manakala, 304 dalam kalangan banduan.

Bangkok masih menjadi pusat wabak dengan kes jangkitan tertinggi diikuti Samut Prakan dan Samut Sakhon.

Sejak pandemik ini mula dikesan tahun lalu, Thailand mencatatkan keseluruhan 1.20 juta kes dan 11,589 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 5:15 PM