Kevin dan Marcus tidak beraksi di Terbuka Thailand. FOTO Agensi
Kevin dan Marcus tidak beraksi di Terbuka Thailand. FOTO Agensi
AFP

Bangkok: Pemain beregu lelaki pilihan utama dari Indonesia terpaksa menarik diri bagi kejohanan badminton Terbuka Thailand minggu depan selepas salah seorang daripada mereka, Kevin Sanjaya Sukamuljo diuji positif Covid-19 menurut Persekutuan Badminton Antarabangsa hari ini.

Penarikan diri Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon yang lebih dikenali dengan gelaran 'Minions', adalah satu lagi kehilangan bagi kemeriahan kejohanan badminton yang dianjurkan semula di mana ia turut berlangsung tanpa pemain bintang dari China dan pasukan Jepun kerana kebimbangan mengenai virus berkenaan.

Sukamuljo menunjukkan simptom covid bulan lalu dan mengalami deman ringan menurut laman sesawang BWF.

Selepas diuji positif dia dinasihatkan untuk menjalani pengasingan diri di kediamannya.

"Terima kasih kerana doa dan sokongan semua, saya harap akan segera sembuh dan boleh menjalani latihan semula seperti sebelum ini."

"Ini juga merupakan pengajaran bagi saya untuk selalu berwaspada di masa akan datang," kata Sukamuljo.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 9:21 PM