10,000 KATIL diperbuat daripada kadbod di dalam dewan kampus Radha Soami Satsang Beas (RSSB) untuk kegunaan pesakit. FOTO AFP
10,000 KATIL diperbuat daripada kadbod di dalam dewan kampus Radha Soami Satsang Beas (RSSB) untuk kegunaan pesakit. FOTO AFP
AFP

NEW DELHI: Jangkitan wabak Covid-19 di India kini mencecah 500,000 dengan 18,500 kes baharu hari ini.

Pihak berkuasa berkata sejumlah 15,685 orang meninggal dunia termasuk 385 individu dalam tempoh 24 jam.

Pakar berpendapat jumlah kes Covid-19 di negara itu boleh mencecah angka satu juta sebelum akhir Julai.

Beberapa kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan.

Perintah sekatan yang dibuat secara berperingkat sejak 25 Mac lalu mula dibuka semula berikutan ia memberi kesan kepada ekonomi.

Wabak itu melanda bandar yang berpenduduk padar di India dan kini keadaan di New Delhi membimbangkan kerana sudah mengatasi Mumbai dengan 80,000 kes.

Kerajaan India dikritik kerana kurang membuang ujian dan menurut pakar, mereka mungkin menyembunyikan jumlah sebenar kes yang kini berjumlah 509,000.

India menjadi negara keempat paling teruk terjejas di dunia akibat wabak itu, di belakang Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia,

Dalam usaha untuk meningkatkan ujian saringan Covid-19, pihak berkuasa Delhi sudah memanggil 33,000 pekerja kesihatan untuk memeriksa sekitar dua juta individu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 3:07 PM