EILER mengusahakan bar di Monowi. FOTO Agensi
EILER mengusahakan bar di Monowi. FOTO Agensi
Agensi

Lincoln: Wanita berusia 86 tahun, Elsie Eiler kekal menjadi satu-satunya penduduk yang menetap di Monowi iaitu sebuah pekan di Boyd County, Nebraska.

Ia menjadikan Monowi sebagai kawasan penempatan dengan populasi paling kecil di Amerika Syarikat (AS).

Portal BBC melaporkan Eiler tinggal sendiri di pekan itu selepas suaminya, Rudy meninggal dunia pada 2004.

Sejak itu, Eiler bergelar Datuk Bandar, pelayan bar, dan pustakawan serta pengurus perpustakaan diberi nama Rudy Library.

EILER menjadi satu-satunya penduduk di pekan Monowi,Nebraska. FOTO Agensi
EILER menjadi satu-satunya penduduk di pekan Monowi,Nebraska. FOTO Agensi

Perpustakaan itu mempunyai pengunjung tetap yang datang dari jarak 128 kilometer.

Meskipun tinggal berseorangan, Elsie dikehendaki menyediakan perancangan perbandaran bagi mendapatkan dana pembiayaan daripada kerajaan serta membayar cukai sebanyak AS$500 (kira-kira RM2,178) setiap tahun.

Ia bagi memastikan pekan itu terus mendapat bekalan air dan elektrik termasuk untuk ketiga-tiga tiang elektriknya.

Menariknya, Eiler diberi lesen alkohol dan tembakau yang mana permohonan itu diuruskan sendiri kerana dia adalah kerani dan juga setiausaha di pekan berkenaan.

EILER tinggal sendiri di Monowi sejak suaminya meninggal dunia pada 2004. FOTO Agensi
EILER tinggal sendiri di Monowi sejak suaminya meninggal dunia pada 2004. FOTO Agensi

"Setiap tahun, saya perlu membuat permohonan memperbaharui lesen daripada kerajaan negeri dan mereka menghantarnya kepada setiausaha dan orang itu adalah saya sendiri.

"Saya juga kerani yang menandatangani permohonan itu dan menyerahkan lesen itu kepada diri sendiri sebagai pemilik bar.

"Namun saya gembira tinggal di sini. Saya membesar di sini, biasa dengan keadaan ini dan tahu apa yang dimahukan. Susah untuk berubah selepas bertahun-tahun menjalani hidup begini," katanya.

Difahamkan, Eiler mempunyai dua anak hasil perkahwinannya dengan Rudy, tetapi kedua-duanya keluar dari pekan untuk mencari pekerjaan pada pertengahan tahun 1970 dan 1980 .

Sejak itu, hanya 18 penduduk tinggal di Monowi, tetapi populasi yang ada semakin berkurangan dan 20 tahun kemudian, tinggal Eiler dan Rudy saja penduduk di pekan berkenaan.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2020 @ 7:20 AM