SUASANA di Jakarta. FOTO AFP
SUASANA di Jakarta. FOTO AFP
Agensi

JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi setakat ini akibat Covid-19 dengan 60 korban, menjadikan jumlah keseluruhan 459 individu maut akibat virus berkenaan.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, 282 kes jangkitan baharu dicatatkan hari ini dan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di republik berkenaan mencecah 4,839.

Semalam, angka kematian dicatatkan 26 orang dengan 316 kes jangkitan baharu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2020 @ 5:58 PM