PEKERJA di perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan keranda mangsa Covid-19. FOTO AFP
PEKERJA di perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan keranda mangsa Covid-19. FOTO AFP
Agensi

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 35 kematian hari ini akibat pandemik Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 930 korban setakat ini.

Liputan6 melaporkan, 338 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini dengan keseluruhan 12,776 kes.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, sehingga hari ini, 96,717 individu sudah menjalani ujian dan 2,381 disahkan sembuh.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 5:19 PM