SUASANA lengang di Dataran St Mark di Venice, Itali. FOTO Reuters
SUASANA lengang di Dataran St Mark di Venice, Itali. FOTO Reuters
AFP

ROM: Semua kedai di Itali, kecuali farmasi dan kedai makanan, diarah tutup

bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Ia selepas negara itu merekodkan 827 kematian dalam tempoh dua minggu.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte berkata, arahan penutupan itu dijangka untuk sekurang-kurangnya dua minggu.

“Semua kedai akan ditutup kecuali untuk keperluan asas penting seperti farmasi dan kedai makanan.

“Bar, pusat hiburan, restoran, pendandan rambut dan kantin akan ditutup, namun penghantaran ke rumah dibenarkan.

“Tidak perlu tergesa-gesa membeli barangan dapur,” katanya.

Conte mengumumkan gelombang sekatan terbaharu itu dalam rayuan penuh emosi kepada 60 juta rakyat negara itu.

“Terima kasih kepada semua rakyat Itali yang membuat pengorbanan.

“Kita buktikan menjadi negara yang terbaik,” katanya dalam siaran menerusi sembilan minit di televisyen Itali.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) dan meminta kira-kira 60 juta penduduknya berkurung dalam rumah. Lensa AFP turut merakam gambar petugas sanitasi yang memakai sut perlindungan menyembur pembasmi kuman di Dataran St Mark di Venice.

Premis turut meletakkan nota tulisan tangan memohon maaf kepada pelanggan kerana tidak dapat meneruskan operasi seperti biasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 1:13 PM