LELAKI memakai penutup mulut dan hidung di Spanish Steps, Piazza di Spagna di tengah Rom pada 12 Mac. FOTO AFP
LELAKI memakai penutup mulut dan hidung di Spanish Steps, Piazza di Spagna di tengah Rom pada 12 Mac. FOTO AFP
Reuters

Rom: Angka kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) di Itali melepasi 1,000 orang, pada Khamis.

Setakat semalam, sebanyak 15,113 kes wabak itu direkodkan di negara berkenaan.

Ia sekali gus negara tertinggi dengan jumlah mangsa maut di luar China.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) di negara itu.

Susulan itu, lebih 60 juta rakyatnya diminta berkurung di dalam rumah.

Semalam, peraturan diperketat dengan hanya farmasi dan kedai makanan yang dibenarkan beroperasi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2020 @ 11:54 AM