GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Doha: Qatar mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan (lockdown) pada Rabu, dengan melarang aktiviti dalam bangunan kecuali untuk peruncitan dan kerja, susulan peningkatan kes Covid-19.

Restoran, kafe, kedai gunting rambut, salun kecantikan, muzium, perpustakaan dan pawagam akan ditutup mulai Jumaat.

Restoran masih dibenarkan untuk melakukan khidmat penghantaran, manakala masjid dibuka pada tempoh tertentu untuk solat lima waktu.

Kapasiti tempat kerja untuk kerajaan dan swasta ditetapkan pada 50 peratus dan kunjungan antara individu daripada isi rumah berlainan tidak dibenarkan, menurut Agensi Berita Qatar.

Kebanyakan kes terbaharu berpunca daripada lawatan sosial.

Setakat ini, negara itu merekodkan lebih 185,000 kes Covid-19 dengan 320 kematian.

Sementara itu, angka rasmi menunjukkan sebanyak 987,673 dos vaksin sudah diberikan kepada penduduknya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 9:07 AM