AHLI penyelidik makmal sedang menjalankan kajian. FOTO AGENSI
AHLI penyelidik makmal sedang menjalankan kajian. FOTO AGENSI
Agensi

Paris: Sehingga petang ini, jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia melepasi angka 100,000 dengan hampir 4,000 kematian.

AFP melaporkan, berdasarkan angka yang diperoleh dari sumber rasmi, jumlah kes yang dilaporkan adalah 109,946, termasuk 3,819 kematian di 99 negara.

Negara China saja merekodkan 80,735 kes dengan 3,119 kematian.

Negara yang terjejas teruk selepas China adalah Korea Selatan (7,382 kes, 51 kematian), Itali (7,375 kes, 366 kematian), Iran (6,566 kes, 194 kematian) dan Perancis (1,126 kes, 19 kematian).

Dalam pada itu, Reuters melaporkan seorang pekerja penyelenggaraan di Disneyland Paris disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, pekerja berkenaan tidak mempunyai sebarang kontak dengan pengunjung dan taman tema berkenaan akan terus dibuka.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 7:45 PM