WANITA memakai penutup mulut dan hidung berjalan di lorong di Wuhan, pusat wabak Covid-19. FOTO Reuters/ China Out
WANITA memakai penutup mulut dan hidung berjalan di lorong di Wuhan, pusat wabak Covid-19. FOTO Reuters/ China Out
AFP

Beijing: China, hari ini, melaporkan 31 lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) di negara itu.

Ia menjadikan jumlah kematian melepasi 3,000 orang.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu turut melaporkan 139 kes baharu, naik sedikit berbanding 119 kes pada semalam.

Ia menjadikan 80,409 kes Covid-19 sudah dilaporkan di China.

Dalam pada itu, Itali menutup sekolah dan universiti itu sehingga 15 Mac dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Ia selepas kes Covid-19 di negara itu melepasi 3,000 kes dengan 107 kematian dilaporkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 9:34 AM