FERRIES sanggup menyelamatkan burung dan kura-kura peliharaannya  berbanding anak sendiri. FOTO Agensi
FERRIES sanggup menyelamatkan burung dan kura-kura peliharaannya berbanding anak sendiri. FOTO Agensi
Agensi

Manchester: Seorang wanita terlepas hukuman penjara selepas didakwa atas pertuduhan melakukan cubaan membakarnya rumahnya di Salfold, Greater Manchester, di sini.

Daily Mail melaporkan, meskipun tinggal bersama dua anaknya, Anna Ferries, 42, lebih rela menyelamatkan burung dan kura-kura peliharaannya

Ketika itu, dia dipercayai di dalam keadaan mabuk.

Kejadian itu disedari jirannya yang ternampak api sedang marak sebelum berlari masuk ke rumah Ferries untuk menyelamatkan anak lelaki dan perempuan wanita berkenaan.

Saksi kejadian berkata, Ferries seolah-olah tidak menghiraukan kebakaran yang berlaku sebaliknya sibuk menyelamatkan haiwan peliharaannya.

KEDIAMAN Ferries di Salford , Greater Manchester. FOTO Agensi
KEDIAMAN Ferries di Salford , Greater Manchester. FOTO Agensi

Ferries memberitahu polis bahawa dia memang berniat untuk membunuh diri dengan membakar rumah.

Hakim, Suzanne Goddard QC berkata, Ferries bernasib baik kerana tiada ahli keluarganya mati dalam kebakaran itu.

“Kamu dalam keadaan mabuk ketika itu tetapi bertuah kerana mempunyai jiran yang prihatin dan sanggup membantu kamu serta anak keluar dari rumah.

“Namun, apa yang kamu lakukan ini adalah sesuatu serius kerana anak kamu berada di rumah dan boleh mati disebabkan tindakan itu,” katanya.

Ferries dilaporkan dirujuk ke Hospital Salford Royal untuk pemeriksaan tetapi tidak ditahan.

Mahkamah turut mengarahkan Ferries untuk mengikuti program rawatan ketagihan alkohol dan sesi pengurusan masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 1:53 PM