POLIS merampas beberapa senjata api  termasuk lima pistol dalam kejadian di penjara La Joyita yang terletak 25 kilometer dari timur ibu kota. FOTO REUTERS
POLIS merampas beberapa senjata api  termasuk lima pistol dalam kejadian di penjara La Joyita yang terletak 25 kilometer dari timur ibu kota. FOTO REUTERS
Reuters

PANAMA CITY: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kejadian tembak menembak antara banduan di sebuah penjara di sini semalam. 

Polis merampas beberapa senjata api  termasuk lima pistol dalam kejadian di penjara La Joyita yang terletak 25 kilometer dari timur ibu kota. 

Presiden Laurentino Cortizo berkata, pengawal dipercayai membantu menyeludup senjata ke dalam penjara. 

“Senjata api itu tidak turun dari langit. Saya percaya berlaku komplot di sana untuk membawa senjata itu ke dalam,” katanya dalam satu kenyataan. 

Jurucakap polis, Alexis Munoz berkata, tembakan tercetus dari dalam penjara ketika banduan dikumpul mengikut geng bagi mengelak pergaduhan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 12:21 PM