JACINDA Ardern.
JACINDA Ardern.
AFP

WELLINGTON: New Zealand merancang mewujudkan pendaftaran bagi senjata api, mengetatkan pemberian lesen kepada pemilik dan melarang pengunjung membeli senjata dalam sesi kedua pembaharuan undang-undang senjata susulan serangan di masjid Christchurch yang mengorbankan 51 jemaah.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, syarat permohonan lesen kepada pemilik senjata api juga akan diperketat untuk ‘menghentikan penggunaan senjata ke tangan yang salah’.

“Serangan pada 15 Mac lalu, apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch sewaktu jemaah berkumpul untuk solat Jumaat, mengubah pandangan terhadap pemilikan senjata di New Zealand.

“Terdapat perkara biasa baru berkaitan senjata api iaitu perubahan minda,” katanya kepada pemberita.

“Senjata yang paling berbahaya kini dihentikan edarannya dari pasaran,” katanya kepada pemberita.

Sambutan awal kerajaan terhadap serangan itu adalah dengan mengharamkan segera senapang separa automatik ala tentera (MSSA) yang digunakan dalam serangan terburuk dalam sejarah moden New Zealand.

Penembak serangan di Christchurch, Brenton Tarrant yang dituduh adalah warga Australia didakwa membeli senapang ketika tinggal di Pulau Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 8:23 PM