PENUNJUK perasaan di Iraq.
PENUNJUK perasaan di Iraq.
Reuters

BAGHDAD: Pasukan keselamatan Iraq menembak mati 16 penunjuk perasaan yang berhimpun di sebuah jambatan di bandar Nassiriya hari ini.

Puluhan perusuh turut cedera ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan pada awal pagi.

Pihak berkuasa sudah melaksanakan perintah berkurung di Najaf selepas penunjuk perasaan membakar konsulat Iran semalam.

Premis perniagaan dan pejabat kerajaan masih tutup di bandar itu, lapor media tempatan.

Lebih 350 orang terbunuh sejak demonstrasi besar-besaran tercetus di Baghdad dan beberapa bandar di selatan pada 1 Oktober lalu.

Kegagalan kerajaan dan ahli politik mengawal huru hara serta menunaikan tuntutan penunjuk perasaan meningkatkan lagi kemarahan orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 November 2019 @ 7:23 PM