ALIBABA tawar 500 juta saham di Indeks Hang Seng.
ALIBABA tawar 500 juta saham di Indeks Hang Seng.
AFP

HONG KONG: Firma gergasi China, Alibaba hari ini mengesahkan rancangan untuk penyenaraian awam di bursa saham Hong Kong, Indeks Hang Seng bernilai AS$13 bilion (RM54 bilion).

Menurut syarikat itu, ia akan menawarkan 500 juta saham dengan harga HK$188 (RM100) seunit.

Dengan pilihan lebihan langganan ia dijangka mencecah lebih AS$13 bilion sekali gus menjadi saham terbitan awam (IPO) terbesar di Hong Kong dalam tempoh hampir sedekad.

IPO terbesar di Hong Kong sebelum ini dipegang oleh gergasi insurans Amerika Syarikat (AS) dengan nilai AS$20.5 bilion (RM85.13 bilion) pada 2010.

Alibaba merancang untuk membuat penyenaraian itu pada musim panas lalu tetapi menangguhkannya susulan protes prodemokrasi dan perang perdagangan China-AS.

Rancangan itu juga dilihat sebagai satu kejayaan Hong Kong dalam yang berdepan krisis politik sekali gus menjejaskan imejnya sebagai hab kewangan dunia serta pasaran sahamnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 6:37 PM