GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

WASHINGTON: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) melancarkan pencarian ke atas seorang lelaki berusia 26 tahun yang terjun dari kapal Carnival Cruise sekitar 76 kilometer di Teluk Mexico, berhampiran pelabuhan Galveston di Texas.

Seorang jurucakap berkata, pengawal pantai melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas tengah malam dan dibantu lebih 10 kru ketika peringkat awal pencarian.

Sebuah helikopter dan pesawat dikendalikan oleh penyelam serta peralatan menyelamat termasuk alat untuk mengangkat mangsa keluar dari air, digunakan dalam operasi itu, tambahnya.

Kapal Carnival Dream memulakan pelayarannya selama empat hari dari Galveston, semalam, kata pengendali pelayaran Carnival Corp.

“Berdasarkan rakaman kamera, tetamu itu dilihat melompat dari sebuah balkoni,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada maklumat lanjut diterima dari Pengawal Pantai atau pihak berkaitan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 6:57 PM