ANGGOTA keselamatan ketika menjalankan operasi. FOTO/AGENSI
ANGGOTA keselamatan ketika menjalankan operasi. FOTO/AGENSI
AFP

SEOUL: Anggota penyelamat Korea Selatan menemui dua mayat dipercayai antara tujuh yang hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke dalam laut sejurus selepas meninggalkan pulau yang menjadi perebutan dengan Jepun, kata pihak berkuasa hari ini.

Helikopter berkenaan dikatakan baru menyelamatkan seorang nelayan yang cedera dari Dokdo atau dikenali sebagai Takeshima di Jepun, apabila ia terhempas lewat Khamis lalu.

Tiga mayat ditemui semalam, termasuk satu di dalam helikopter yang terhempas di dasar laut pada kedalaman 72 meter.

Menurut Pengawal Pantai, dua mayat yang ditemui itu adalah lelaki dan salah seorangnya dipercayai anggota bomba tetapi masih berusaha mengenal pasti mayat berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, ribuan penyelam menyelam di perairan dengan kapal Tentera Laut dan Pengawal Pantai serta helikopter dan pesawat digerakkan untuk pencarian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 9:48 PM