SEJUMLAH 16,900 penumpang terkandas di lapangan terbang pada tengah malam tadi. FOTO AFP
SEJUMLAH 16,900 penumpang terkandas di lapangan terbang pada tengah malam tadi. FOTO AFP

TOKYO: Kira-kira 17,000 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini malam tadi akibat taufan Faxai, kata pegawai hari ini.

Taufan itu menyebabkan lebih 100 penerbangan dibatalkan dan jaringan jalan raya dan kereta api turut terjejas menyebabkan ramai tiada pilihan pengangkutan ke Tokyo, kira-kira 70 kilometer dari lapangan terbang.

Jurucakap lapangan terbang, Kei Miyahara memberitahu AFP, sejumlah 16,900 penumpang terkandas di lapangan terbang pada tengah malam tadi.

“Penumpang kini mula pulang ke rumah atau ke destinasi mereka apabila bas dan kereta api menyambung semula perkhidmatan,” katanya pada awal pagi tadi.

Lapangan terbang Narita terletak di China, timur Tokyo dan berada di laluan taufan Faxai yang membawa angin sekuat 207 kilometer sejam. - AFP

pix wires

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 12:28 PM