KEJADIAN menyebabkan 20 penumpang mati serta merta manakala 10 lagi cedera. FOTO Hiasan
KEJADIAN menyebabkan 20 penumpang mati serta merta manakala 10 lagi cedera. FOTO Hiasan
AFP

SRINAGAR (INDIA): Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas bas lebih muatan yang dinaiki terhumban ke dalam gaung dalam kejadian di Kashmir ditadbir India, kata polis.

Jurucakap polis, MK Sinha berkata, kejadian berlaku selepas bas terbabit tergelincir sebelum terhumban dalam gaung di kawasan terpencil di wilayah Kishtwar itu.

Kejadian menyebabkan 20 penumpang mati serta merta manakala 10 lagi cedera, kata Sinha kepada AFP.

Tujuh daripada penumpang yang cedera bagaimanapun dilaporkan kritikal dan sudah dipindahkan ke hospital berhampiran.

Kemalangan jalan raya dilaporkan sering berlaku di kawasan pergunungan di utara negeri Jammu dan Kashmir disebabkan faktor jalan, kelajuan serta lebih muatan.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, tiga pelajar sekolah dan pemandu maut dalam kemalangan, lapor Press Trust of India.

Minggu lalu pula, seramai 11 pelajar yang dalam perjalanan berkelah maut apabila bas dinaiki terhumban ke dalam gaung di daerah Shopian, Kashmir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 2:31 PM