VOLODYMYR Zelenskiy.
VOLODYMYR Zelenskiy.
Reuters\

KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menyokong tuduhan membunuh terhadap empat suspek menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine.

Zelenskiy dalam satu kenyataan berkata, dia berharap suspek akan dibicarakan.

“Ukraine menerima baik hasil siasatan Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) ke atas MH17.

“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak, wanita dan lelaki tidak bersalah ini dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 12:33 AM