MILLERS parah selepas dilanggar ketika melintas jalan. -Foto Agensi
MILLERS parah selepas dilanggar ketika melintas jalan. -Foto Agensi
Agensi

MADRID: Malang buat seorang lelaki apabila dia yang parah dilanggar kereta sebanyak dua kali kemudiannya dirompak pula oleh sekumpulan lelaki, dalam kejadian di Sepanyol.

The Sun melaporkan, mangsa, Dean Millers, 29, dari Manchester, England dilaporkan koma selepas dilanggar kereta hingga terpelanting ketika melintas jalan.

Dia kemudiannya dilanggar sebuah lagi kereta dan peluang itu digunakan perompak berkenaan untuk melarikan dompetnya.

Kejadian berlaku ketika Millers bercuti di negara itu bersama isteri, Emily Clarke, 24, dua anak mereka, Ava-Rae, 3, dan HalleƩ-Rae, 2 dan neneknya, Pamela, 69 pada 21 Mei lalu.

Lelaki malang itu terpaksa diterbangkan ke hospital di Girona untuk menjalani pembedahan akibat mengalami retak 26 tulang dan patah tulang pinggul.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 12:02 AM