BOSNIA dibanjiri pendatang dan pelarian sejak 2015. FOTO MTI
BOSNIA dibanjiri pendatang dan pelarian sejak 2015. FOTO MTI
Reuters

SARAJEVO: Ribuan pendatang dan pelarian yang terkandas di Bosnia ketika dalam perjalanan ke Eropah Barat hidup merempat, tidur di taman-taman dan bangunan tinggal, malah ada yang meninggal dunia.

Menurut Palang Merah, Bosnia dibanjiri pendatang pada 2015 yang mahu ke negara Eropah, termasuk Croatia dan negara Kesatuan Eropah (EU). Ada yang dibelasah pengawal sempadan ketika mahu memasuki Crotia.

Kira-kira 25,000 orang dari Asia dan Afrika Utara memasuki Bosnia melalui Serbia dan Montenegro tahun lalu, manakala 6,000 lagi tiba tahun ini.

Hanya 3,500 diberi tempat perlindungan di pusat penempatan sementara.

“Puluhan ribu hidup merempat, tidur di taman-taman, kawasan letak kereta, kaki lima dan bangunan tinggal yang bahaya,” kata Pengurus Operasi Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRV), Indira Kulenovic.

Menurutnya, tiga pendatang yang berlindung dalam bangunan tinggal, mati hangus selepas api lilin menyebabkan bangunan itu terbakar, seorang pendatang jatuh dari tingkat atas sebuah bangunan dan seorang membunuh diri dengan membakar dirinya akibat tertekan.

Mereka juga menghadapi bahaya periuk api peninggalan perang Bosnia pada 1990-an. Bosnia ialah negara Eropah paling banyak mempunyai peninggalan periuk api.

PENDATANG dari Asia berkhemah di atas jalan raya di daerah Maljevac berhampiran sempadan Croatia. FOTO AFP
PENDATANG dari Asia berkhemah di atas jalan raya di daerah Maljevac berhampiran sempadan Croatia. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 9:16 PM