MYRA Tran dari Vietnam yang mencuri perhatian juri American Idol. - Agensi
MYRA Tran dari Vietnam yang mencuri perhatian juri American Idol. - Agensi
Agensi

Washington: Gadis pendatang dari Vietnam yang tidak fasih bahasa Inggeris mengejutkan juri American Idol musim ke-17 dengan persembahannya sehinggakan Luke Bryan menganggapnya setaraf dengan Kelly Clarkson.

USA Today melaporkan, dalam episod pertama Ahad lalu, Myra Tran, 19, memilih lagu ‘One Night Only’ nyanyian Jennifer Hudson.

Persembahan luar biasa pelajar itu membuatkan juri Lionel Richie, Katy Perry dan Bryan bangun sambil bertepuk tangan.

Ketika memberi ulasan, Bryan berkata Myra setanding dengan Kelly Clarkson, juara musim pertama American Idol pada 2002.

Inquisitr melaporkan, Myra pernah menjuarai musim kedua X-Factor Vietnam sebelum berpindah ke Amerika Syarikat setahun lalu, bagi mencapai impiannya menjadi penyanyi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 8:40 PM