KAPAL  USS Mc Campbell belayar berhampiran kawasan Pulau Paracel. FOTO/AGENSI
KAPAL USS Mc Campbell belayar berhampiran kawasan Pulau Paracel. FOTO/AGENSI
Reuters

BEIJING: Kapal perang pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) belayar berhampiran kawasan Pulau Paracel yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan yang turut dituntut China.

Kapal USS Mc Campbell melakukan operasi di ‘wilayah pelayaran bebas’ kira-kira 12 batu nautika dari rangkaian Pulau Paracel, ketika pegawai tentera negara itu dikatakan sedang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Beijing berhubung kemelut perdagangan antara dua negara itu.

Jurucakap tentera laut, Rachel McMaar berkata dalam satu kenyataan menerusi e-mel, operasi itu adalah bertujuan untuk mencabar tuntutan melampau maritim.

Katanya, operasi itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana negara atau bertujuan untuk membuat kenyataan politik.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika China dan Amerika Syarikat sedang mengadakan rundingan di Beijing, pusingan pertama perbincangan empat mata sejak kedua-dua negara bersetuju mengadakan gencatan senjata perang perdagangan yang menjejaskan pasaran antarabangsa. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 5:51 PM