KAPAL perang Higgins berada di perairan Laut China Selatan. FOTO/AFP
KAPAL perang Higgins berada di perairan Laut China Selatan. FOTO/AFP
AFP

BEIJING: China meluahkan rasa tidak puas hati selepas dua kapal perang milik AS (Amerika Syarikat) dilaporkan belayar di Laut China Selatan, sekali gus meningkatkan ketegangan di kawasan perairan strategik itu.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan membantah kehadiran kapal perang AS di rangkaian Pulau Paracel yang dipertikaikan berkenaan, semalam.

“Kapal perang Higgins dan Antietam milik tentera laut AS, kapal pemusnah dan kapal selam dilaporkan memasuki kawasan perairan China tanpa kebenaran, sebelum dikesan tentera laut China.

“Pemeriksaan identiti turut dilakukan terhadap kapal perang itu mengikut undang-undang ditetapkan, dan kemudiannya amaran dikeluarkan supaya mereka meninggalkan kawasan perairan ini,” kata kementerian itu.

Agensi berita tempatan, Xinhua melaporkan bahawa kedua-dua kapal ‘sudah diarah keluar’ dari perairan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 2:39 PM