GAMBAR Hiasan. -Foto Singapore Airlines
GAMBAR Hiasan. -Foto Singapore Airlines
Agensi

SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang sedang menuju ke Paris terpaksa berpatah balik akibat kehilangan tekanan dalam kabin sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Changi.

Pesawat SQ336 berlepas dari Singapura pada jam 12.46 pagi tadi dan dijadual tiba di ibu kota Perancis pada jam 7.15 pagi (waktu Paris).

Menurut laman web pengesan penerbangan Flightradar24, pesawat itu terbang pada ketinggian 24,000 kaki, kira-kira 15 minit sejurus berlepas. Ia berada di ruang udara Malaysia ketika terpaksa berpatah balik ke arah Singapura.

Menurut laporan Channel NewsAsia, pesawat itu terpaksa berlegar-legar di udara selama sejam untuk membuang bahan api sebelum boleh mendarat, kata seorang jurucakap SIA.

SIA di dalam satu kenyataan berkata, terdapat 234 penumpang di dalam penerbangan itu termasuk bayi dan 17 kru. Setakat ini tiada laporan kecederaan diterima.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 5:17 PM